Welcome Guest [Log In] [Register]

Posted Image

Forum Pelajar dan Alumni Politeknik Seluruh Malaysia

http://www.mypolycampus.net


Username:   Password:
Add Reply
Report Li; tengok boleh..tiru jangan..
Topic Started: Oct 19 2004, 12:55 AM (13,262 Views)
junaida
Semester 4
[ *  *  *  * ]
nie report li kak jun...nak tgk boleh...nak copy pun leh gak...tapi bukan tiru...alihlah bahasa...pepandailah korang nak idup...bersamalah kita menjana kecemerlangan.....
report nie dapat very good tau...bukan nak bangga diri...tapi nak bagi keyakinan pada adik yg nak menggunapakai report nie...


PENGENALAN

1.1 Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar Politeknik Semester 3 dan semester 4 sebelum dianugerahkan Sijil dan Diploma. Oleh itu setiap pelajar perlu mengetahui beberapa perkara yang berkaitan dengan latihan industri iaitu :-

i. Objektif latihan industri
ii. Kepentingan latihan industri kepada pelajar
iii. Ringkasan aktiviti semasa latihan
iv. Skop latihan industri
v. Objektif laporan
vi. Kaedah laporan disusun

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

1.2.1 Latihan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar dan menambah pengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Pelajar akan dapat mengetahui dan mempelajari dengan lebih lanjut tentang bidang pekerjaan sebenar seorang jurutera, juruteknik hinggalah ke jawatan kerani. Pelajar akan dapat mempelajari bagaimana cara mereka menjalankan tugas mereka dan mengetahui tentang bidang tugas tersebut dengan lebih mendalam. Ini akan memudahkan pelajar menyesuaikan diri dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan apabila tamat pengajian kelak.




1.2.2 Mempraktikkan teori dan amali yang dipelajari di politeknik.

Di dalam kelas, pelajar lebih banyak didedahkan dengan teori tentang sesuatu pekerjaan. Pelajar lebih berpandukan kepada buku-buku rujukan dan nota. Dengan adanya latihan industri ini pelajar dapat melihat perkaitan sebenar antara teori dan praktikal . Pendedahan tentang alam pekerjaan sebenar kadang kala memerlukan pelajar mencari penyelasaian dengan mengadaptasikan segala ilmu yang telah dipelajari semaksima mungkin. Dengan ini, pelajar dapat mempraktikkan teori dan amali yang telah dipelajari

1.2.3 Menanam sifat amanah dan tanggungjawab yang diberikan dan mampu bekerjasama dengan kakitangan yang lain.

Segala tugas yang diberikan oleh penyelia tapak perlulah dilaksanakan dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab. Sikap ini amat penting untuk memastikan segala urusan yang diamanahkan kepada pelajar dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.Malah alam pekerjaan sebenarnya melatih pelajar lebih bersifat amanah tidak kira sama ada amanah dalam tugas yang diberikan atau amanah terhadap masa.

1.2.4 Mengukuh keyakinan pelajar apabila tamat latihan.

Ketika menjalani latihan industri pelajar terdedah dengan pelbagai masalah dan terpaksa menghadapinya. Berbekalkan pengalaman tersebut akan mengukuhkan lagi keyakinan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan mahupun alan pengajian. Semangat yang kental dan kemahiran menghadapi maslah yang diperolehi pasti mewujudkan keyakinan yang jitu dalam diri pelajar.



1.2.5 Belajar cara bergaul dengan pegawai-pegawai atasan seperti Jurutera, Kontraktor serta pekerja-pekerja di tempat latihan.

Di dalam latihan ini juga pelajar berkesempatan untuk berinteraksi dengan pihak atasan seperi jurutera , pengarah dan perunding dan lain-lain lagi. Dengan adanya kesempatan ini pelajar akan dapat bergaul dengan mereka dan berbincang dengan lebih rapat. Peluang ini tidak akan datang tanpa adanya latihan industri. Kesempatan ini seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh pelajar.

1.2.6 Dapat membiasakan diri dengan pekerja-pekerja di tempat latihan.

Perhubungan yang baik sesama pekerja adalah penting bagi memastikan aktiviti-aktiviti kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa berlaku sebarang perselisihan. Komunikasi yang berkesan dan sesuai amat penting untuk dikuasai oleh pelajar. Latar belakang yang berbeza antara setiap lapisan pekerja memerlukan pelajar bijak menyesuaikan diri dan menjalankan komunikasi yang berkesan lantas mewujudkan perhubungan yang baik sesama pekerja.

1.2.7 Dapat menanam sikap ingin tahu dan minat semasa latihan

Dalam menjalani latihan industri, terdapat berbagai perkara baru yang akan ditemui oleh pelajar. Ini akan menimbulkan sikap untuk mengambil tahu di dalam diri pelajar. Selain itu, desakan keaadaan juga adakalanya akan membuatkan pelajar sentiasa bertanya agar tidak ketinggalan salam bidang tersebut. Pendedahan sebenar ke bidang yang dipelajari oleh pelajar juga akan menimbulkan minat pelajar terhadap bidang tersebut.





1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

Latihan industri ini amat penting dan berguna kepada pelajar. Oleh itu pelajar perlulah menggunakan peluang ini semaksima mungkin untuk mendapatkan pengalaman yang berharga.
Antara kepentingan latihan industri ini adalah:
1.3.1 Pelajar dapat mempraktikkan suasana kerja yang sebenar
1.3.2 Pelajar dapat mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
1.3.3 Dapat mengetahui masalah-masalah yang timbul dan cara mengatasinya serta penyelesaiannya.
1.3.4 Dapat menambahkan lagi pengalaman dalam bidang tersebut.
1.3.5 Dapat memperluaskan pergaulan dengan pekerja-pekerja.

















Offline Profile Quote Post Goto Top
 
junaida
Semester 4
[ *  *  *  * ]
SARANAN DAN CADANGAN

Saya bukankah seorang yang layak untuk berbicara tentang segala yang telah dilaksanakan oleh pihak politeknik berdasarkan pengalaman 5 bulan menjalani latihan industri. Namun, sebagai seorang pelajar,saya menyedari inilah peluang saya untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan teknikal melalui saluran yang tepat dan efektif. Justeru, pada ruangan ini saya cuba mengemukakan sedikit saranan dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak politeknik ke arah memperkasakan lagi kegemilangan pendidikan politeknik

1.1 Pelajar-pelajar yang akan keluar untuk menjalani latihan industri seharusnya mempersiapkan diri dengan jati diri yang kuat selaras dengan saranan falsafah pendidikan negara untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan mental.Saya melihat kebanyakan pelajar yang dihantar untuk menjalani latihan industri kurang mempunyai ketahanan dari segi mental dan emosi. Alam pekerjaan meruntun pelajar untuk berdiri gagah dengan emosi yang stabil dalam menghadapi segala kerenah.Sebaliknya wujud sebilangan pelajar yang seolah tidak mampu menahan diri dalam menghadapi cabaran terutamanya dalam bidang pembinaan yang sememangnya meruntun keutuhan emosi.Justeru, kewibawaan pelajar politeknik seolah dipertikaikan.Mungkin sebelum pelajar semester 4 bagi kursus diploma dan pelajar semester 3 bagi kursus sijil keluar menjalani latihan industri, suatu kursus meningkatkan jati diri dan pengurusan emosi perlu dibekalkan kepada pelajar.


1.2 Penguasaan pelajar dalam bahasa inggeris teknikal juga seharusnya dipertitikberatkan.Bukan menunding jari ke arah mana-mana pihak, namun inilah kelemahan nyata yang mempengaruhi pelajar politeknik yang keluar menjalani latihan industri.Seperti yang kita sedia maklum, alam pekerjaan dewasa ini memerlukan pelajar sekurang-kurangnya mampu memahami bahasa inggeris mudah biarpun masih belum mempunyai keupayaan untuk bertutur dengan baik.Justeru, masalah ini merupakan batu penghadang yang besar kerana pelajar gagal memahami arahan yang dikeluarkan.Bukan salah ibu mengandung! Politeknik tidak seharusnya dipersalahkan, kerana modul yang lengkap telah dibekalkan, hanya komitmen pelajar dalam menguasainya.Saya memandang masalah ini sebagai satu masalah besar yang menyelubungi pelajar politeknik.Kerana kelemahan ini, pelajar seolah membataskan perhubungan untuk mengoptimunkan penguasaan ilmu yang boleh diperolehi daripada mereka yang banyak menggunakan bahasa inggeris seperti jurutera, arkitek, perunding dan juga ketua di syarikat.Semoga suatu langkah yang drastik mampu diolah untuk mengatasi masalah kecil ini tetapi membabitkan kerugian yang bukan sedikit.

1.3 Pelajar yang akan keluar untuk menjalani latihan industri juga seharusnya mempunyai kad hijau yang dikeluarkan oleh CIDB bagi memudahkan pelajar memasuki tapak bina terutamanya bagi pelajar yang terlibat dengan bidang binaan. Mungkin pihak politeknik boleh mewajibkan pelajar memasuki kursus CIDB sebelum keluar ke tempat latihan.


1.4 Pihak politeknik juga mungkin boleh menyediakan satu kawalan tehadap pengekploitasian tenaga pelajar yang menjalankan latihan industri di sesebuah syarikat atau firma. Terdapat juga pihak yang sering menggunakan paksaan untuk melakukan sesuatu tugas terhadap pelajar yang menjalani latihan industri sehingga kadangkala melampaui had yang sepatutnya.

1.5 Pelajar perlu didedahkan secara terperinci tentang hak-hak mereka sepanjang menjalani latihan industri dan juga hak-hak majikan tempat latihan industri dijalankan. Hal ini kerana terdapat kes dimana pelajar terlalu menurut arahan majikan sehingga membebankan pelajar. Dengan adanya pengetahuan tentang hak masing-masing mungkin dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti pelajar melawan majikan dalam perkara yang hak atau pihak firma/syarikat menggunakan tenaga pelajar seolah-olah mereka hamba syarikat/firma..

1.6 Melajutkan tempoh untuk menghantar laporan latihan industri. Memandangkan sepanjang menjalani latihan industri, pelajar yang menjalani latihan di syarikat swasta hanya di beri cuti pada hari Jumaat , Hal ini menyebabkan pelajar tidak mempunyai masa untuk merujuk kepada pensyarah kaedah yang tepat untuk menghasilkan laporan yang berkualiti memandangkan pada hari Jumaat Politeknik juga bercuti. Jika pada semester sebelum ini pihak politeknik menetapkan laporan dihantar selepas 4 minggu pelajar kembali mendaftarkan diri di politeknik, namun penguatkuasaan peraturan baru yang mewajibkan pelajar menghantar laporan pada hari pendaftran mungkin sedikit membebankan pelajar sekaligus menjejaskan kualiti laporan yang disediakan.

1.7 Syabas kepada pihak politeknik kerana telah berjaya menyediakan satu kaedah pembelajaran yang begitu kompetitif dengan menghantar pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar dan dalam tempoh yang sangat baik iaitu tidak terlalu lama namun cukup untuk belajar sedikit sebanyak selok belok bidang yang berkaitan. Inilah yang menjadikan pelajar politeknik berbeza dengan institusi pengajian lain sehingga adakalanya pelajar terus ditawarkan untuk bekerja dengan firma tempat mereka menjalani latihan industri walaupun pelajar masih belum menamatkan pengajian mereka. Teruskan tradisi kecemerlangan ini.

Offline Profile Quote Post Goto Top
 
junaida
Semester 4
[ *  *  *  * ]
sambungan saranan dan cadangan

Apa yang saya suarakan di atas adalah hasil pengalaman dan pemerhatian saya sendiri dan juga hasil rintihan rakan–rakan seperjuangan saya. Saya cuba berlaku jujur dalam mengemukakan cadangan dan saranan tanpa sebarang niat untuk memburukkan mana- mana pihak.
Akhir kata, saya berharap agar saranan dan cadangan yang dikemukan dapat diberikan perhatian oleh semua pihak yang terlibat. Bersama-samalah kita meningkatkan kualiti institusi pendidikan ini agar duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan institusi pengajian tinggi lain
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sinchan82
Member Avatar
Administrator
[ *  *  *  *  *  * ]
terima kasih jun
abg long hargai usaha murni jun ni
;)
:yeah:
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
ammoi^gurlz
Member Avatar
Semester 3
[ *  *  * ]
tim kasih ye kak jun...
amoi pon dah nak abis LI nanti report kak jun bleh jadi cth..
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sinchan82
Member Avatar
Administrator
[ *  *  *  *  *  * ]
cth je tau
;)
tahniah ammoi :yeah:
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
merpati_biru
Semester 3
[ *  *  * ]
:boff: :boff:
sekarang iza thg bz siapkan report LI..
dah lama tak online..
rindu korang semua :hoho:
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
mohfir
Member Avatar
Semester 3
[ *  *  * ]
bagus2 teruskan usahamu...buat report elok2!!! pastu nanti kalo kena interview pun jawab elok2!!! cayala korang!!! :hoho:
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
junaida
Semester 4
[ *  *  *  * ]
all d best ya...buat yg terbaik
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sinchan82
Member Avatar
Administrator
[ *  *  *  *  *  * ]
LI
jun 2005 menanti ku
yeah
:yeah:
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you
Go to Next Page
« Previous Topic · LI (Latihan Industri) · Next Topic »
Add Reply