Welcome Guest [Log In] [Register]

Posted Image

Forum Pelajar dan Alumni Politeknik Seluruh Malaysia

http://www.mypolycampus.net


Username:   Password:
Add Reply
SELAMI ERTI KASIH DAN SAYANG; kasih sayang..........
Topic Started: Sep 27 2004, 04:36 PM (277 Views)
Imam^^HanafY
Member Avatar
-aBU & cAH-
[ *  *  * ]
)salam:: :bagus:

Makna kasih dan cinta dalam Islam sungguh besar pengertiannya. Sebab itu, dalam konteks cinta dan kasih sayang kepada Allah S.W.T, adalah termasuk dalam perkara yang disebut sebagai "halawatul Iman" (kemanisan Iman) atau ni'mat yang sebenar. Dengan ertikata lain, keimanan yang hakiki akan tercapai apabila kita dapat meletakkan setinggi-tinggi kasih dan sayang kita kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya.Begitu juga dalam konteks menghormati ibubapa.




Islam mengajar kita supaya "birrul waalidain" atau berbuat baik kepada kedua ibubapa. Maksud berbuat baik itu bukan sahaja mencakupi perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang baik sahaja, bahkan disudut hati nurani kita mestilah tersimpan rasa amat kasih dan sayang kepada kedua ibubapa.

Sebab itulah al-Quran menjelaskan kepada kita bahawa bukti dan kasih sayang kepada kedua ibubapa itu diterjemahkan kepada "walaa takullahuma uffin" atau jangan kita berkata 'uh' kepada keduanya. Ucapan sebeginipun dianggap sebagai suatu perkara yang amat dibenci oleh al-Quran.

Kerana melalui perkataan itu akan melahirkan bibit-bibit kebencian dan seterusnya melunturkan rasa kasih sayang terhadap kedua ibubapa.Dalam hubungan kenegaraan, persoalan kasih dan cinta ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w sebagai "hubbul watan minal iman" atau cinta dan kasih kepada negara itu adalah sebahagian daripada tuntutan iman.

Semangat cintakan negara ini adalah antara agenda yang diperjuangkan oleh baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat selain persoalan iman dan akidah. Perkara utama yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w ialah mempertahankan kedaulatan negara. Iaitu meletakkan dalam diri bahawa kasih sayang dan sumpah setia harus ditumpahkan kepada negara itu sendiri.

Justeru, dalam suasana tersebarnya khabar angin dan perbuatan khianat yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini sewajarnya kita harus mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku.

Kita harus memerangi petualang-petualang dan pengkhianat-pengkhianat negara yang sentiasa mencari kesempatan dan peluang. Mereka sentiasa m encari peluang untuk menjejaskan keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara dan sentiasa berusaha untuk menghancurkan negara ini.

Oleh yang demikian umat Islam haruslah menyedari hal ini dan janganlah terikut-ikut dengan arus pembawaan mereka atau termakan jarum-jarum yang dimainkan oleh musuh-musuh negara yang ingin mengkhianati negara ini.Kita sepatutnya sedar, tidak ada suatu keuntungan sedikitpun yang akan memihak kepada kita jika bersekongkol dengan pengkhianat-pengkhianat ini.

Kita juga tidak akan mendapat manfaat sedikitpun jika kita memenuhi kehendak-kehendak orang yang cuba meracuni negara kita dengan berita-berita palsu, khabar-khabar angin dan fitnah-menfitnah antara satu sama lain.Jadi kita menyeru kepada seluruh masyarakat Islam khususnya dan rakyat Malaysia supaya sama-sama berwaspada dengan mereka ini. Kerana dalam keadaan suasana yang sebegini ada musuh-musuh Islam dan negara yang ingin "menangguk di air keruh" dengan mengambil kesempatan supaya masyarakat kita tidak lagi berasa aman dan ten
teram. :yeah:


-abuz-
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
junaida
Semester 4
[ *  *  *  * ]
assalamualaikum.....
indahnya kasih sayang dalam islam nie ...
la yukminu ahadukum hatta yuhibbali akhihi ma yuhibbu linafsih...
(nanti iman hanafi tolong terjemah yer)
islam sangat pentingkan kasih sayang....
kasih sayang nie tak semestinya pada yg berbeza jantina jer...
kasih sayang nie konsep nya luas....
sayang pada Allah yang paling utama agendauntuk diselesaikan...
siapalah kita yg dicipta ini tanpa Pencipta yang Maha Agung...Oleh itu..kasih sayang pada Allah perlu diterap seawal usia lagi....
bior dalam apapun kita buat sentiasa ingat akan mekarnya kasih sayang Allah pada kita.....
agenda kasih sayang kedua....
sayang pada rasul....nanti saya sambung lagi yer....
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Imam^^HanafY
Member Avatar
-aBU & cAH-
[ *  *  * ]
saya sedang menunggu sambungan darii junaida..... :blink:
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
junaida
Semester 4
[ *  *  *  * ]
cinta pada rasul...

ada apa dengan cinta???
fuhh...macam-macam sebenarnya ada ngan cinta....
korang kenal rasul tak??cinta pada rasul hebat!
bukan takat mendamba rasa ketaqwaan malah dapat pahala lagi....
cinta pada rasul bukan sekadar ucapan pada lidah jer...yerlah lidah tak bertulang mudah jer menutur kasih sayang..tapi..nak menunaikan tuntutan berkasih sayang??susah kan...
kenalilah rasul...cintalah ngan sepenuh hati dan jiwa....
bacalah diari rasul...hebatnya akhlak rasul-rasul...
adaptasikan dalam kehidupan...
menangislah tatapi kecekalan rasul berjuang tegakkan kebenaran
membawa dinnul islam...bukan asyik tumpah air mata tgk filem hindustan..hero mati...anothai mati abih nangis..uhukk...
insafilah kasih sayang rasul pada umatnya....walaupun sampai saat nyawa diambil...masih lagi menyebut umatnya...kekasih korang rasanya nak meninggal ada ingat lagi kat org tersayang...tapi rasul tetap ingat...walau nyawa tgh diambil...masyalaah...kita terlupa semua tu kekadang kan?
masyallah..pasti hebat akhlak yang terjana...
sebab manusia nie bila dah cinta..apa saja sanggup dilakukan....
maka bila dah cinta rasul..pasti sanggup lakukan apa saja yg rasul suruh,ajak...
kan kata aisyah..kana qulukhuhul quran...akhlak rasullullah adalah al-Quran...bayangkan lah al-quran...kita nie nak baca tafsir pun tak habih satu quran..tapi akhlak rasullullah adalah al-quran...
jadi kalau cinta pada baginda...buatlah sekadar termampu....berbuat sesuatu tu kan lebih baik dari tak buat apa\apa....
oklah...nanti sambung lagi yer....apapun cubalah semai cinta pada rasul sedikit demi sedikit....
miss call tiap hari lebih kurang 100 kali...
datinglah sebanyak yang mungkin
tirulah ciri-ciri wanita/jejaka idamannya...
good luck....
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Imam^^HanafY
Member Avatar
-aBU & cAH-
[ *  *  * ]
insyallah <_<
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
« Previous Topic · Artikel, Emel & SMS · Next Topic »
Add Reply