Welcome Guest [Log In] [Register]

Posted Image

Forum Pelajar dan Alumni Politeknik Seluruh Malaysia

http://www.mypolycampus.net


Username:   Password:
Add Reply
Tazkirah Rock
Topic Started: Sep 16 2004, 11:55 PM (96 Views)
safa
Member Avatar
Semester 2
[ *  * ]
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah tuhan pentadbir sekalian alam. Selawat dan juga salam untuk Rasul Junjungan Muhammad SAW dan juga sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda yang turut sama berjuang menegakkan kalimah allah di muka bumi ini.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat allah swt kerana dengan segala limpah kurnianya, kita masih lagi dikurniakan nikmat iman dan islam, asas bagi setiap individu yang bernama muslim.

Pada hari ini, dapat kita saksikan bahawa, dunia semakin lama semakin kalut. Semakin banyak perkara-perkara yang berlaku di depan mata kita secara tidak lansung mencerminkan bahawa dunia sudah berubah”K

Sejauh mana dunia berubah??

Lihat saja surat khabar, petik saja televisyen, klik sahaja internet, tersebar luas pelbagai berita, pelbagai ragam, pelbagai kes dan sebagainya yang dilakukan dan di puncakan oleh satu kejadian makhluk yang bernama ”„manusia”¦.

Jahatkah manusia?? Bangangkah manusia??

Tidak

Manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Memang tak dinafikan asal kejadian manusia itu (adam) daripada tanah lumpur dan kemudian mewarisi kepada keturunan manusia yang bermula dari setitis air mani.

Namun begitu, Allah ni maha bijaksana. Allah telah mengangkat darjat manusia ni setinggi-tinggi darjat. Memang canggih sungguh manusia ni. Ketika siapnya adam di design, maka allah tiupkan roh ke ”„design”¦ yang dicipta dari tanah tadi. Maka bergeraklah design tadi tu.

Apabila siap je ciptaan Allah yang terbaru ni, maka dengan titahnya, Allah mengarahkan agar ciptaan-ciptaannya sebelum ini iaitu malaikat dan iblis agar memberi tunduk penghormatan pada ciptaan terbaru itu iaitu adam.

Peh, canggih betul manusia ni. Rasa macam raja plak. Sampai macam tu sekali darjat manusia. Haa, itu nak cerita pasal darjat manusia..

Tapi, kalau kita lihat keadaan dunia kini.. agak-agakla, kita nak suruh binatang beri penghormatan kat manusia ni pun, kira malu sungguh. Malu kerana apa??

Lihat saja perilaku manusia sekarang ni. Yang baik tu baiklah. Sekarang kita berbicara tang yang tak baiknya dahulu. Siapa yang mencetuskan peperangan? Siapa yang memulakan fitnah? Siapa yang merosakkan alam sekitar?? Siapa yang merubah alam ciptaan Allah?? Siapa dan siapa??
Binatang ke?? Binatang pandai ke cetuskan peperangan?? Binatang pandaike nak memfitnah?? Tidak”K tak lain tak bukan manusia lah jugak.

Kita lihat apa yang berlaku di luar negara. Yang the latest new is, peperangan di Iraq. Palestin pun belum selesai lagi. Begitu juga di Afghanistan. Kita takkan dapat lupa juga yang sebelum ini seperti Bosnia, Somalia dan Kasymir.

Adakah peperangan itu kambing yang mencetuskannya?? Tidak.. manusialah puncanya. Bermula dari cetusan hati yang bangsat, tiada perasaan belas kasihan, dan raja segala kezaliman, dengan selamba badak je meraka memulakan angkara. Dia ingat rakyat2 yang dok kat situ tu nyamuk ke. Suka-suka je nak bunuh.

Kita kembali ke asas agama kita. Memang tak dinafikan, jika kita lihat senario kehidupan bumi yang berlaku sekarang, memang comfom bahawa bumi dah semakin ke penghujungnya. Nabi pun dah ingatkan tentang tanda-tanda kiamat. Antara salah satunya ialah peperangan tercetus di sana sini. Harus diingat!! Negara islam kita ni kononnya tak mustahil untuk diperangi. Kat Indonesia dah ada. Jiran kita je tu. Maybe entah esok entah lusa, Ariel Sharon tengah boring2, tercetus plak kat minda dia nak serang negara islam contoh ni. Ye la, dah memang sifat yahudi laknatullah, kan memnag benci kat islam. Sebut je perihal islam kat dia, mati2 dia menyumpah.

Amacam?? Dah bersedia??

Kirim salam la rakyat negara islam contoh. Umat islam negara islam contoh ni kebanyakannya lembik. Maaf cakap la.. termasuk diri yang menulis ni sekali. Kerana apa?? Nak mengatakan yang hak pun bingung”K tu baru dalam soal berbicara. Inikan pula nak mempertahan kesucian islam dengan mengangkat senjata.

Kita tak kisah kerana pemimpin kita sendiri cakap, nak menegakkan islam tak semestinya dengan berjihad. Dok bual2, bincang2, buat masjid banyak, dah islam sungguh la tu. Tak cukup buat masjid, buat bangunan design nak dekat sama ngan masjid. Dah islam sungguh la tu. Tak cukup lagi, haa, jemput la ulama”¦ besar dunia dok suruh mai sini dok kata this is Islamic country. Dah islam sungguh la tu. Maaf cakap. Bukan orang sini la.. orang tempat lain.. England kot..

Sekadar sembang kosong, mampukah kita kembali ke kegemilangan islam. Insya allah ada harapan. Tapi, adakah kita akan menemuinya?? Ntah la. Kalau setakat tunggu orang buat, jadi tunggul kayu la”K
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sinchan82
Member Avatar
Administrator
[ *  *  *  *  *  * ]
hmmm apa lagi yg nk dikatakn
mmg benar spt yg safa ungkapkn
tp ... entah lah....
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
safa
Member Avatar
Semester 2
[ *  * ]
kenapa entah la????
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
ZetaBoards - Free Forum Hosting
Free Forums. Reliable service with over 8 years of experience.
« Previous Topic · Artikel, Emel & SMS · Next Topic »
Add Reply