![]() Forum Pelajar dan Alumni Politeknik Seluruh Malaysia http://www.mypolycampus.net |
| Aku Tak Bermimpi Lagi; Jurnal Kehidupanku | |
|---|---|
| Tweet Topic Started: Aug 1 2004, 05:09 PM (107 Views) | |
| sinchan82 | Aug 1 2004, 05:09 PM Post #1 |
|
Administrator
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
[size=7]Aku Tak Bermimpi Lagi ... [/size] Hari ini aku bangga dengan diri aku sendiri. Kerana aku tidak lagi bermimpi lagi seperti dulu. Kalau dulu aku kuat berangan dan kuat bermimpi pada impian dan cita-cita yang tak pasti. Tapi pengalaman dan kedewasaan banyak mengajar aku apa itu kehidupan dan hidup. Aku akan pastikan dan akan cuba memastikannya, bahawa aku bukan lagi dan tidak akan lagi bermimpi. Bermimpikan sesuatu yang tidak pasti dan tidak ada usaha yang dilakukan ke arah mencapai impian itu. Jika benar aku ingin bermimpi, maka aku harus membuktikan bahawa mimpi aku itu benar dan aku mampu untuk mencapainya. Kehidupan itu sungguh indah bagi yang tahu menghargainya. Terlalu banyak kenangan yang sememangnya sukar dilupakan apatah lagi diperolehi. Hanya yang benar-benar menghayati erti sebuah kehidupan akan merasai nikmat yang telah diberikan. Aku ingin menjadi diriku yang sebenar-benarnya. Aku tidak mahu lagi berselindung di sebalik nama dan kepalsuan hidup yang pernah aku reka sebelum ini. Aku pernah menjadi seseorang yang lain dari diriku. Aku tidak ingin itu. Aku mahu diriku kembali. Dan aku bangga dengan adanya diriku. Biarlah aku dengan caraku, kerana hanya aku dan DIA yang tahu siapa diriku. Dulu aku pernah mengabaikan kasih dan sayang yang pernah diberikan terhadapku. Dulu aku pernah dilukai dan pernah juga melukai. Hari ini, aku berazam. Tidak ada lagi sejarah hitam buat ku. Andai telah ditentukan jua akan berlaku, biarlah bukan kerana kebodohan dan kesilapan ku. Aku akan cuba menjadi yang terbaik buat diriku. Aku mahi insan-insan di sekeliling ku bangga dengan diriku. Tiada perjuangan tanpa pengorbanan. Tiada kehidupan tanpa kasih dan sayang. Tiada lagi mimpi tapi yang pasti realiti! ~abang long~ My Blog @ Jurnal |
![]() |
|
| merpati_biru | Aug 1 2004, 09:57 PM Post #2 |
|
Semester 3
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
:D wah..wah... padai gak abg-long mengarang!!!! tapi betul ker abg_long tak mimpi lagi? |
![]() |
|
| sinchan82 | Aug 2 2004, 11:39 AM Post #3 |
|
Administrator
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
sikit2 tuh bolehlah ;) klau dpt x nk bermimpi lagi kan ke mimpi tuh mainan tidur :lol: |
![]() |
|
| cik_nurin | Aug 2 2004, 09:56 PM Post #4 |
|
Semester 1
![]() ![]() ![]()
|
"aku tak bermimpi lagi walau datang esok lagi kerna aku mahu pasti biar jadi realiti" ikut melody "berhenti berharap" SO7 :lol: |
![]() |
|
| kak-long | Aug 2 2004, 10:31 PM Post #5 |
|
~MiSs U AlL~
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
semoga lepas ni segala mimpi2 dan angan2 abg long menjadi realiti :yeah: |
![]() |
|
| merpati_biru | Aug 2 2004, 10:55 PM Post #6 |
|
Semester 3
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
:o abg_long takkan tu je... bagiler banyak skit... |
![]() |
|
| sinchan82 | Aug 4 2004, 12:46 PM Post #7 |
|
Administrator
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
InsyaAllah ada kelapangan abg long akan masukn lagi coretan atau pun nukilan abg long dalam forum nih ;) sekarang nih tgh busy sket ada bnyk tugasan yg lecturer bagi jgn marah yea :yeah: |
![]() |
|
| 1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous) | |
| « Previous Topic · Artikel, Emel & SMS · Next Topic » |






![]](http://z1.ifrm.com/static/1/pip_r.png)



8:43 AM Jul 11