Welcome Guest [Log In] [Register]

Posted Image

Forum Pelajar dan Alumni Politeknik Seluruh Malaysia

http://www.mypolycampus.net


Username:   Password:
Add Reply
Kasih Di Hujung Rindu; Novel Online Untuk Anda
Topic Started: Aug 1 2004, 04:57 PM (138 Views)
sinchan82
Member Avatar
Administrator
[ *  *  *  *  *  * ]
)salam::

pertamanya nak beritahu
noivel nih ada member send kat aku
dan aku x tau saper penulisnya
jadi secara otomatik aku x tau la
kalau2 novel nih under copyright controlled
so mintak maaf2 bnyk2 yer ;)

Bab 1 - Farah

Matahari yang gagah bersinar mula berdikit-dikit menyembunyikan diri tika mega merah mula menampak diri di kaki langit. Aku masih lagi termenung di tabir tingkap kamarnya. Sekali-sekala aku menghelakan nafas mengeluh apabila memikirkan tentang Khairul, duda beranak dua.

Linda, isteri Khairul meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka yang kedua iaitu Azim yang berusia setahun. Manakala Farhan anak sulung mereka pula berusia dua tahun setengah. Aku memang mengenali mereka memandangkan aku pernah bekerja sepejabat dengan mereka berdua. Malah kami bertiga merupakan kawan baik. Tetapi, rezeki aku ada di tempat lain pula. Aku bertukar tempat kerja jauh di ibu kota. Sedangkan Khairul tika itu masih setia berada di sebuah daerah di utara Perak.

Aku ingat lagi pertemuan kami buat pertama kalinya setelah lima tahun terputus hubungan tengahari tadi. Tika itu aku sedang sibuk memilih hidangan untuk makan tengahari.

"Maafkan saya, ini Farah Amirakan?" Tegur satu suara di sebelahku. Aku pantas menoleh. Tergamam aku seketika melihat akan wajah yang sedang memandangku dengan senyuman.

Aku pantas menganggukkan kepala. Fikiranku ligat berfikir. Rasanya aku pernah berjumpa dengan lelaki ini, tapi siapa ya? Dalam aku tercari-cari dan meneka-neka siapakah gerangannya lelaki tampan yang berada
di depanku ini, tiba-tiba sahaja dia menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Ini akulah. Khairul." Jawapan yang keluar dari mulutnya menghapuskan tanda tanya yang bersarang di fikiranku.

"Kau Khairul? Tak kenal aku tadi pada kau. Sorrylah... kau dah nampak lain sekarang. Dah pandai simpan misai dan janggut. Makin smart aku nampak. Agaknya Linda pun risau. Manalah tahu, kalau-kalau ada perempuan sangkut pada kau." Kataku bergurau. Tapi, wajahnya yang ceria tadi kembali redup. Murung.

Hatiku berdetak laju. Kenapa dia tiba-tiba begini? Adakah aku tersilap cakap atau ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua. Aku serba-salah. Khairul memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia menyapu rambutnya ke belakang dan kemudian mengeluh perlahan tapi kedengarannya seolah-olah cuba melepaskan beban yang terlalu berat yang menghimpit benaknya.

"Emm... maafkan aku. Kau tak apa-apa? Adakah aku tersalah cakap? Atau pun aku ketinggalan sesuatu dari kau?" Lembut aku menyapanya kembali. Dia kembali memandang wajahku lalu tersenyum sedikit. Tapi, jelas di wajahnya ada sedikit garis kekecewaan.

Aku memberikan laluan pada pelanggan lain untuk mengambil makanan. Aku mengajak dia ke tempat di hujung Restoran Hijau itu. Dia hanya menurut sahaja. Sementara itu aku memesan minuman buat kami berdua setelah aku pastikan dia tidak mahu menjamah apa-apa makanan.

"Apa yang sudah berlaku?" Tanyaku tidak sabar.

Khairul memandangku dengan sayu. Matanya kelihatan berair.

"Linda... Linda sudah setahun pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya." Jawabnya tenang lalu tunduk memandang meja.

Dan hari itu barulah aku tahu bahawa Linda telah meninggal dunia sewaktu bergelut untuk melahirkan Azim ke dunia. Aku menghulurkan simpati buat Khairul sekeluarga. AKu nampak dia tabah walaupun hakikatnya dia kelihatan amat menderita. Aku kagum dengan semangat
yang dia tunjukkan.

Selepas itu kami hanya berbual-bual kosong untuk mengisi masa. Dia tetap macam dahulu, sentiasa tenang dan ada ketikanya dia cuba
bergurau walaupun gurauannya agak janggal kedengaran di telingaku. Tapi, aku cuba melayaninya sebaik mungkin.

Khairul sudah bertukar kerja di ibu kota kerana syarikatnya membuka cawangan baru di sini. Jadi, yang akan bertanggungjawab dalam memastikan pentadbiran syarikat barunya itu berjalan lancar.

Khairul seorang lelaki yang amat baik yang pernah aku temui. Malah aku tidak malu untuk mengaku bahawa aku pernah jatuh cinta padanya walaupun aku ketahui bahawa dia sudah mempunyai pilihan hati. Tetapi, perasaan itu hanya aku pendamkan di dalam hatiku memandangkan kekasihnya itu adalah sahabat aku sendiri. Akhirnya aku pasrah dengan ketentuan ILAHI.

Tapi, kini kami mungkin kembali seperti dahulu memandangkan pejabat kami dalam satu bangunan cuma berlainan tingkat sahaja. Aku di tingkat lima manakala dia di tingkat tujuh. tetapi, aku amat rindukan pada
Linda. Rindu pada dirinya yang sentiasa tersenyum walau dalam apa keadaan pun. Hampir menitis airmataku apa mendengar berita kematian Linda dari Khairul. Tapi, ALLAH lebih menyayanginya. Semoga rohnya
aman di sana.

Aku amat berharap, persahabatan kami yang terputus dahulu akan kembali mekar. Malah dia berjanji akan menemukan aku dengan anak-anaknya. Aku tidak sabar untuk menanti tibanya hari tersebut.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sinchan82
Member Avatar
Administrator
[ *  *  *  *  *  * ]
Bab 2 / 3 Farah

Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu lif. Aku menekan butang lif. Aku terpaksa menunggu seketika sementara pintu lif terbuka. Sedang aku melamun tiba-tiba bahuku dicuit orang dari belakang. Aku pantas menoleh. Kelihatan Hanim sedang tersengih memandangku.

"Awal kau sampai hari nie? Azam baru ke?" Soalku lalu melemparkan senyuman buatnya.

"Tak adalah. Hari ini husband aku kena pegi outstation. Kereta dia masuk bengkel, so kena drive kereta akulah. Sebelum pegi, dia hantar aku dulu. It yang terawal hari ni. " Terang Hanim ramah. Aku menganggukkan kepalaku. Tak lama kemudian, pintu lif pun terbuka
dan kami pun melangkah masuk bersama-sama.

Sebelum sempat Hanim menekan butang untuk menutup pintu lif, kedengaran suara garau yang menahan mereka dari menutup pintu lif itu. Aku sibuk membetulkan bajuku yang terlekat habuk.

"Terima kasih." Kata lelaki itu sebaik sahaja melangkah ke dalam lif. Tika itu aku masih lagi tidak
memandang akan wajah lelaki itu.

"Morning Farah." Sapa lelaki itu.

"Morning." Aku membalasnya tanpa memandang wajah lelaki itu. Setelah aku pastikan bajuku bersih barulah aku mengangkat wajahku. Khairul!

Dia tersenyum memandang aku. Aku membalasnya dengan senang hati. Hanim pula kelihatan kehairanan melihat kami berdua.

"By the way, kenalkan ini rakan sepejabat aku, Hanim. Hanim, ini kawan lama aku, Khairul." Aku memperkenalkan mereka berdua. Mereka hanya menganggukkan kepala tanda perkenalan.

"Kau memang selalu awal ke?" Soal Khairul lalu menekan butang nombor tujuh.

"Aku memang selalu datang awal. Saja nak mengelak traffic jammed." Balasku ramah.

"Lawa pulak aku tengok kau sekarang." Kata Kahirul bersahaja. Aku agak terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Hanim pula tersenyum-senyum memandang kami berdua. Pipiku pula mula merona merah.

"Eh! Aku memang lawa sejak azali." Balasku bersahaja untuk menutup rasa malu di hati. Dia hanya ketawa mendengar kata-kataku.

Tak lama kemudian pintu lif terbuka di tingkat lima. Aku dan Hanim melangkah keluar. hanya tinggal Khairul sahaja kerana pejabatnya di tingkat tujuh.

Aku melambai kepadanya sebelum pintu lif kembali tutup.

"Handsomenya!" Kata Hanim beria-ia.

Aku hanya tersenyum senang.

"Aku rasa dia sesuai untuk kau." Kata Hanim lagi.

"Dia kawan saja. Lagipun dia dah kawin la. Dah ada anak dua pun." Balasku lalu meninggalkan Hanim terpinga-pinga. Aku ketawa mengekek sepanjang jalan menuju ke bilikku.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
cik_nurin
Semester 1
[ * ]
mana sambungannya lagi?
best la
sambil makan2 leh baca :makan:
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
merpati_biru
Semester 3
[ *  *  * ]
:bbb: macam pernah baca je!!!
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sinchan82
Member Avatar
Administrator
[ *  *  *  *  *  * ]
x mustahil kalau pernah baca
sebab may be karya nih pernah dibukukan
;)
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
ZetaBoards - Free Forum Hosting
Free Forums with no limits on posts or members.
« Previous Topic · Artikel, Emel & SMS · Next Topic »
Add Reply