![]() Forum Pelajar dan Alumni Politeknik Seluruh Malaysia http://www.mypolycampus.net |
| hanya kerana 5 sen | |
|---|---|
| Tweet Topic Started: Jul 16 2004, 01:44 PM (76 Views) | |
| baiduri | Jul 16 2004, 01:44 PM Post #1 |
|
[budak sebok]
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
>A'kum w.b.t. > >Sesiapa yg saya masih berhutang, tolong beritahu. mungkin ada yg saya >terlupa. Bukan tak nak bayar, kalau ada tolooong la bagitahu. > > > > > >>Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi > >>yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap > >>tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki > >>yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan > >>kepadanya dengan berkata " tolong bebas kan aku". Setelah bersolat > >>hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah > >>bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya. > >> > >>Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, > >>dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia > >>tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui > >>ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu > >>beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa > >>agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan > >>mimpinya. > >> > >>Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi > >>tersebut ialah roh ayahnya. Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada > >>Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang > >>diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih > >>diganggu oleh mimpi tersebut lagi. > >> > >>Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya > >>baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu. Maklumat yang > >>diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan > >>telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam. Setelah > >>terpisah ketika perang Jepun, aruah ayahnya telah berikthiar > >>mencari isterinya namun tidak berjumpa. Ayahnya mendapat tahu > >>isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan > >>rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang > >>anak perempuan. > >> > >>Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika > >>ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai. > >>Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang > >>baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada > >>simati. Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta > >>simati. Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu > >>bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun > >>yang tinggal. > >> > >>Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan > >>memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia > >>hidup harap diampunkan. > >> > >>Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu. > >> > >>Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, > >>menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya. > >>Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya > >>merasakan tidak mungkin sebab aruah ayanya adalah seorang yang taat > >>beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak > >>pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh > >>terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan aruah suaminya. > >>Mungkin orang lain. > >> > >>Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun > >>mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah > >>tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut > >>bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama > >>sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya > >>lelaki tua tersebut. > >> > >>Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut > >>ke kubur aruah ayahnya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim > >>menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan > >>pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan. Beberapa > >>minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku > >>tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL > >>untuk berjumpa dengannya. > >> > >>Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung > >>kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan > >>pakcik berselisih paham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut, > >>tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala > >>dosanya. Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang > >>tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya. > >> > >>Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut > >>teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun. > >>Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah > >>tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi > >>yang berharga 5 sen dahulu. Dia berjanji akan membayar balik. > >>Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah. > >>Orang tua tersebut terus berdao Ya Allah aku halalkan hutang lima > >>sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku. > >> > >>Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi > >>tersebut lagi. > >> > >>Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis). > >> > >>Moral cerita:- Renungilah hadith nabi berikut: > >> > >>Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: > >> > >>"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak > >>dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan > >>bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya > >>itu" > >> > >>Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat > >>anak yang soleh (Ustaz Halim). Dan dengan berkat anak yang soleh > >>ini dia dapat mengadu kepada anaknya didalam mimpi kemudian > >>terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah > >>dapat terbebas dari seksaan yang dahshat iaitu Roh teawang-awang > >>diantara langit dan bumi. > >> > >>Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, > >>jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita > >>akan terseksa setelah kita mati. > >> > >>Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada > >>waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat > >>menyelesaikannya. > >> > >>Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282: > >> > >>"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan > >>cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu > >>maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan > >>hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan > >>janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana > >>Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang > >>merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa > >>kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun > >>dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan > >>hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna." > >> > > >sahabat... >samaada cerita ini rekaan atau kisah sebenar...waAllahu'alam > >yg penting..kami HARAP..kite semua mengambil iktibar drpdnnya... > >waAllahu'alam > >wassalam > |
![]() |
|
| 1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous) | |
|
|
| « Previous Topic · Artikel, Emel & SMS · Next Topic » |






![]](http://z1.ifrm.com/static/1/pip_r.png)




8:43 AM Jul 11