![]() Forum Pelajar dan Alumni Politeknik Seluruh Malaysia http://www.mypolycampus.net |
| Anak Derhaka kerana Isteri tercinta...; Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh | |
|---|---|
| Tweet Topic Started: Jul 16 2004, 01:41 PM (95 Views) | |
| baiduri | Jul 16 2004, 01:41 PM Post #1 |
|
[budak sebok]
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
> > Anak Derhaka kerana Isteri tercinta... > > -Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh > > > > Utas Travel and Tours Sdn.Bhd. > > > > Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar > > cerita-cerita daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin >antara > > seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an > > sementara anak dan menantunya akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara > > beberapa ratus jemaah yang saya bawa untuk mengerjakan haji beberapa >tahun > > lalu. > > > > Saya diberitahu, hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia > > lagi kerana wanita berkenaan kurang senang dengan perangai menantunya >yang > > sombong dan mengongkong suami. Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya >itu > > tidak menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua, apatah lagi > > seperti ibunya sendiri. > > > > Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya >itu > > ahli perniagaan berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, dia > > jarang membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa sahaja kehendak isteri > > diturutkan walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya. > > > > Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, wanita tersebut >kesal > > kerana anak dan menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah lagi > > hendak tidur disana. Kalau singgah pun menantunya tidak mahu berada lama >di > > rumahnya. Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang. > > > > Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk >isterinya > > itu, tetapi ia seperti tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan >sombong. > > Si ibu juga mengingatkan anaknya jangan terlalu menurut kehendak isteri, > > namun dari sehari ker sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk > > isterinya. > > > > Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya > > tidak senang dengan kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke > > tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi kerana lelaki berkenaan >berkeras > > juga hendak membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan > > bibir yang memuncung panjang dan kata-kata sinis serta sindiran tajam. > > Kerana itulah sejak sampai ke Madinah dan Mekah hubungan dingin itu >menjadi > > semakin parah. > > > > Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di >depan > > matanya hubungan buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia >tidak > > mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang yang dia sayang. Tambahan > > pula dialah yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke >Mekah. > > > > Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah. Hubungan ibu > > lelaki tadi dengan isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka bertegang > > leher. Si ibu yang telah agak lanjut usianya, pastilah hendak supaya > > sentiasa dilayan hati dan perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong dan > > panas baran. Dia tidak suka melayan kehendak mentuanya itu yang baginya > > cerewet. > > > > Akibat perselisihan faham, mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula >enggan > > memakan makanan yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si anak > > tadi terpaksa membeli makanan diluar untuk ibunya. > > "Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak dihormatnya. Emak minta >tolong > > sikit dia membebel. Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli, > > "rungut si ibu kepada anaknya. > > > > "Abang tengok-tengoklah sikit emak abang tu. Cerewet, nak itulah, nak > > inilah, macam-macam. Saya dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga. > > Hah...sekarang macam mana?" kata si menantu pula dengan suara yang kasar. > > > > Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat > > tertekan. Hendak dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. Hendak > > dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula terasa hati. Jadi sedaya yang >boleh > > dia cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan > > itu. > > > > Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar. Apabila berjalan, >duduk > > di meja makan atau bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri. > > Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. Mereka mula menjadi > > perhatian. Begitu juga saya. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang > > mereka > > > > Selepas lama berselisih faham, si anak sedikit demi sedikit menyebelahi > > isterinya. Bagi lelaki itu, ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak > > meminta, cerewet dan terlalu ambil hati. > > "Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya. > > > > Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. "Man, boleh tak kau belikan sejadah > > untuk emak? Di kedai bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal > > anaknya. "Dalam 10 helai." "Eh, nak buat apa banyak-banyak?" soal si anak > > lagi. "Alaaah....nak buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan >dan > > orang kampung. Dapat juga pahala, kau pun dapat pahala sama," kata si ibu > > dengan tersenyum. > > > > Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si anak menarik muka masam. > > Matanya merenung tajam wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!" > > Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, si anak yang pada > > mulanya mahu menuruti permintaan ibunya, kembali ke tempat duduk. > > > > "Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah bila nak balik nanti saya > > belikan," jawab si anak. > > Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Dia kecewa anak > > kesayangannya itu sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya menurut > > saja apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau nih Man,emak nak benda tu >pun > > tak boleh beri. Tapi kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun >kau > > nak belikan barang lagi. Emak ni kau belikan sedikit aja. Sampai hati kau > > Man." > > > > Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa > > disangka anaknya naik berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi >ibunya. > > > > "Emak ni! Apa mak nak buat dengan barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat > > apa nak beli itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri macam-macam, > > sampai penuh beg. Saya ada anak. Saya nak belikan barang-barang untuk >anak > > kami juga!" katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun naik menahan > > marah. Isterinya pula tersenyum puas. > > Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan > > emak. Aku ni emak kau, tak boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini >pun > > janganlah sampai emak sendiri engkau ketepikan, engkau marah-marah, > > "katanya dengan kecewa. > > > > Si anak bertambah berang. "Emak tu dah tua,buatlah cara tua! Jangan nak > > minta itu minta ini!" > > Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang >dipeliharanya > > sejak kecil dengan penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu >rupa. > > Tindakan anaknya yang sudah melampau itu menyebabkan si ibu marah. > > Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak >kau > > tau. Aku yang lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan kau? >Bila > > masa dia besarkan kau? > > > > "Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan >kau, > > hantar ke sekolah sampai kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau > > buat emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau sendiri. Dengan > > isteri kau cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau > > tengking-tengkingkan." > > > > Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap > > engkau Man, mulai hari ini emak haramkan susu emak yang dulunya kau >minum!" > > > > Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh > > terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah > > "membunuh" si anak tadi serta-merta. Begitu cepat balasan Allah kepada > > hamba-Nya. Tanpa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai, si ibu > > tadi bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air > > matanya yang menitis dengan lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang > > lagi. Sementara itu si anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. > > Badannya longlai dan lembik. Isterinya pula menangis tersedu-sedu. > > > > Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang >sakit, > > namun apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. >Bagaimanapun, > > bala yang menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak tadi. Dia dan > > isterinya tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah > > menimpanya langsung tidak diambil iktibar. Bagi lelaki berkenaan, apa >yang > > berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu > > petunjuk daripada Allah tentang kesilapannya. Ia cuma kebetulan. > > > > Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa. Biarpun duduk > > sebilik dia diasingkan oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan > > minuman terpaksa dia pergi membelinya di luar. Di bilik, dan apabila >berada > > di luar dia lebih banyak termenung dan menangis. Jika jemaah lain >bertanya > > mengapa, atau di mana anak dan menantunya, wanita tersebut tidak >menjawab. > > Sebaliknya terus menangis dan menangis. > > > > Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan >si > > anak tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya > > untuk berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah dan diusung > > semasa wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya > > benar-benar lemah untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut. > > > > Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi > > menunaikan haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, > > bukan oleh anak dan menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak > > bertegur sapa seolah-olah tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari > > saya menemui wanita tersebut. > > > > "Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu >lepaslah, > > dia dah terima balasannya,"kata saya. > > Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya >yang > > gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu > > langsung tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma > > menangis. Dari raut wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap > > anak dan menantunya hingga dia tidak sanggup lagi bercakap tentang >mereka. > > > > Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah > > terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang > > sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.Isterinya pula >cuma > > mencebikkan bibir bila saya sebut nama mentuanya. > > > > Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali > > ke tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang > > saya terima memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak pulang ke tanah >air > > si anak tadi sakit terus-menerus. Penyakitnya agak kronik dan gagal >diubati > > doktor. > > > > Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah. > > Anak yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan > > kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap > > enggan memaafkannya. Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak > > mengunjungi antara satu sama lain. > > > > Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia > > selepas menderita sakit selama 10 tahun. > > > > "TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI > > KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA >MEREKA > > ATAU KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM PEMELIHARANMU, > > MAKA JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN > > KAMU BENTAK MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA >MULIA. > > DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, >DAN > > DOAKANLAH KEPADA TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA > > MEREKA TELAH MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH KECIL. > > > > " [Surah al-Israa' 7:23-24.] Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya > > Rasulullah s.a.w bersabda: > > > > "SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA > > SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA > > SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA > > SEBELUM MENINGGAL DUNIA." > > > > **Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah** |
![]() |
|
| 1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous) | |
| « Previous Topic · Artikel, Emel & SMS · Next Topic » |






![]](http://z1.ifrm.com/static/1/pip_r.png)



8:43 AM Jul 11