Welcome Guest [Log In] [Register]

Posted Image

Forum Pelajar dan Alumni Politeknik Seluruh Malaysia

http://www.mypolycampus.net


Username:   Password:
Locked Topic
apa yang korang perlu tahu ..; sekadar nak kongsi cerita
Topic Started: Jun 19 2004, 01:54 PM (389 Views)
akuadalahaku
Ini Bukan Aku
[ *  *  *  *  *  * ]
Yuran Pengajian
--> Yuran sebanyak RM200.00 bagi satu semester ( 6 bulan )

Yuran Asrama (jika ditawarkan asrama, kebiasaannya student wanita senang dapat asrama berbanding lelaki)
--> RM60.00 untuk satu semester (6 bulan)

Makan minum
--> Bayar sendiri semasa hendak makan (memerlukan duit poket sekurang-kurangnya RM150.00).

Sewa Rumah
--> Ini adalah alternatif sekiranya anda tidak ditawarkan asrama. Sila berjumpa dengan senior2 sebab biasanya mereka memang memerlukan rakan baru bagi menampung sewa rumah yang agak mahal.

Lokasi
--> Kebanyakan poli ni lokasinya jauh dengan bandar utama. kadang2 tuh pengangkutan pun kurang efisyen lah.

Cara Belajar
--> Pelajar dikehendaki masuk kuliah dari jam 8.00 pagi hingga 4.15 petang. Peperiksaan akhir hanya akan diberi pada penghujung semester. Tugasan dan ujian akan sentiasa diberikan pada sepanjang semester.

Tempoh Kursus
--> Kursus Diplma lepasan SPM/ SPMV mengambila masa 3 tahun termasuk 6 bulan menjalani latihan industri kecuali kursus Diploma Sains Kesetiausahaan hanya mengambil masa 2 tahun termasuk 6 bulan latihan industri.
Kursus Diploma lepasan Sijil Politeknik pula mengambil masa selama 1 tahun sahaja.

--> Kursus Sijil Lepasan SPM/ SPMV mengambil masa 2 tahun termasuk 6 bulan Latihan Industri.

Bantuan Kewangan
--> Pihak Politeknik tidak memberikan apa-apa bantuan kewangan tetapi akan membantu pelajar mendapatkan pinjaman atau biasiswa dari badan-badan dan agensi kerajaan/ swasta.

Pengambilan Pelajar
--> Pengambilan pelajar ke Politeknik diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia sebanyak 2 kali setahun iaitu pada Bulan Januari dan Julai setiap tahun. Borang-bornag mula dijual mulai bulan Mac setiap tahun pada kadar RM6.00 bagi lepasan SPM/ SPMV dan RM7.00 bagi lepasan Sijil Politeknik.

p/s: aku ubah suai dari laman --> http://www.geocities.com/CollegePark/Den/7243/makringkas.htm
Offline Profile Goto Top
 
alin_bucuk
Unregistered

wa terima kasih yea en. akuadalahaku
banyak info yang diberikan
walaupun alin bukan pelajar poli
tapi boleh dijadikan rujukan jika ada yang bertanya

en. akuadalahaku nih pelajar poli jugak la ye?
;)
Goto Top
 
akuadalahaku
Ini Bukan Aku
[ *  *  *  *  *  * ]
eh taklah
lecturer
:D

a'ah aku student
same as en. sebumbung :lol:
Offline Profile Goto Top
 
cik_nurin
Semester 1
[ * ]
itu je ke bayaran2 yang perlu disediakan?
tapi tengok kat buku pendaftaran macam banyak je
macam mana tuh? :peluh:
Offline Profile Goto Top
 
castlevama
Member Avatar
(-o-)
[ *  *  *  *  *  * ]
;) murah ler yuran dia kan..
huhu..
Offline Profile Goto Top
 
sinchan82
Member Avatar
Administrator
[ *  *  *  *  *  * ]
yuran poli murah sebab ia tempat utk melahirkan graduan separa profesional
sebab tuh hanya ada kursus diploma dan sijil
sistem perkuliahannya sama dengan IPT yang lain cuma yang kurang sikit kelasnya saja
kita belajar di dalam kelas
bukan macam di IPT lain, belajar di dewan kuliah
apa2 pun ia ada pro dan kontra
bagi aku senang nak score
pointer sem nih pun cantik je ;)
Offline Profile Goto Top
 
aihong
Member Avatar

tentang yuran
kalau tak silap
bila dah masuk sem 2 nanti
yurannya dah berlainan
yuran tetap poli rm200
kalau dapat kamsis rm60
dan ada yuran2 lain lagi
x banyak mana lah
mengikut kepada poli masing2

pelajar sem 1 biasanya dapat stay kamsis
sebab senang nak arrange
ye lah dah lah ada minggu orientasi kan
x leh balik sepanjang minggu tuh
pastu kalau nak duduk luar
buat permohonan after that

pelajar sem 2 dll
kena buat permohonan bertulis lah
tp biasanya yg aktif sem 1
akan dpt stay kamsis
kena jadi ajk kamsis dll

tentang study plak
poli nih memang IPT
tapi dlam satu kelas x ramai student
kemudian study kat kelas lak tuh
subjek2 yang diajar memang fokus kepada kehendak market lah
ada saja pembaharuan yang poli masing2 buat
utk kejayaan dan kesenangan student poli sendiri

itu je yang aku tahu
yang lain sama je ngan IPT :rolleyes:
Offline Profile Goto Top
 
cik_nurin
Semester 1
[ * ]
terima kasih banyak2 kepada kawan2 semua
kerana memberikan penerangan panjang lebar nih
bagus juga kan ada forum nih
kalau tak
susah nak dapatkan info ttg poli
syabas kepada en. sebumbung! :bagus:
Offline Profile Goto Top
 
castlevama
Member Avatar
(-o-)
[ *  *  *  *  *  * ]
betul tu cik nurin :D
kat sini lengkap dan padat..

:afro:
Offline Profile Goto Top
 
natalia
Unregistered

cam best je forum nih..
good job.. :hoho:
Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
Go to Next Page
« Previous Topic · Artikel, Emel & SMS · Next Topic »
Locked Topic